cara kira harga kereta semasa
Cara kira harga kereta semasa Membuat pinjaman kereta (juga dikenali sebagai sewa beli) adalah pendekatan yang sering digunakan apabila membeli kereta. Dalam artikel ini, kami akan menunjukkan kepada anda bagaimana mudahnya untuk mengira faedah dan ansuran bulanan anda untuk pinjaman kereta di Malaysia yang konvensional. Anda hanya perlu kalkulator dan anda sudah bersedia! Langkah Mudah Untuk Mengira Pinjaman Kereta Dan Ansuran Mula-mula anda tentukan nilai-nilai jumlah pinjaman, tempoh pinjaman dan kadar faedah pinjaman kereta anda, seperti berikut: Jumlah Pinjaman = A Jumlah Tempoh Pinjaman = B (tahun) Kadar Faedah = C Sekarang, guna formula-formula beikutnya untuk menentukan jumlah faedah, faedah bulanan dan ansuran bulanan pinjaman kereta anda: Jumlah Faedah = C / 100 x A x B = X Faedah Bulanan = X / (B x 12) Bayaran Bulanan = (A + X) / (B x 12) Mari Kita Pratikkan, Bersedia? Contoh: Katakan anda mempunyai jumlah pinjaman kereta RM50,000...